iOS 13! Kemas Kini Paling Terbaik dalam Sejarah Apple?

By Ahmad Hazwan In iPhone No comments

Pada 20 September 2019, tepat pada jam 1 pagi waktu Malaysia Apple telah melepaskan kemas kini terbaru bagi perisian iOS. Semestinya, ramai pengguna iOS telah mengemas kini status di Facebook milik mereka dengan penghijrahan versi ini.

Menurut dari laman sesawang rasmi Apple Malaysia ( https://www.apple.com/my/ ), peranti Apple yang menyokong kemas kini kali ini ialah:

1. iPod touch (7 generation)
2. iPhone SE
3. iPhone 6s
4. iPhone 6s Plus
5. iPhone 7
6. iPhone 7 Plus
7. iPhone 8
8. iPhone 8 Plus
9. iPhone X
10. iPhone Xr
11. iPhone Xs
12. iPhone Xs Max
13. iPhone 11
14. iPhone 11 Pro
15. iPhone 11 Pro Max

 

Apa yang menarik untuk kemas kini kali ini?

Pihak Apple telah memperkenal paparan antara muka yang baru dimana ia mempunyai mod gelap (Dark Mode).

Selain itu, Apple mendakwa bahawa iOS 13 mempunyai keupayaan membuka kunci menggunakan Face ID 30% lebih pantas daripada iOS 12.

Banyak lagi pembaharuan yang dibawa oleh Apple untuk kemas kini iOS 13, semuanya boleh dibaca di laman sesawang rasmi Apple MY.

Suka diingatkan, jika anda masih belum lagi mengemaskini versi iOS. Amat digalakkan untuk anda mengemas kini peranti Apple anda melalui sambungan wayar ke komputer dan menggunakan iTunes.

Antara sebab berlakunya isu popular selepas kemas kini seperti ‘keep restart’ dan ‘battery draining’ berpunca daripada kaedah kemas kini melalui atas udara (OTA). Oleh itu, berhati-hati ketika mengemas kini sebelum anda menjadi mangsa kekejaman pepijat iOS.

Sekian dari saya,
Hazwan Adris

#peminatxiaomi