Suka Mengecas Telefon Pintar Pada Waktu Malam? Ini Jalan Terbaik Untuk Anda…

By Ahmad Hazwan In Android, Blog, iPhone No comments

Antara masalah netizen ini ialah tidak mahu mendengar nasihat. Ramai telah membuat penjelasan mengenai kemudratan apabila mengecas telefon pintar sewaktu tidur. Antara yang terpopular efeksi dari mengecas pada waktu tidur ialah bateri kembung dan juga telefon pintar meletup/terbakar.

Bahayakan? Tapi, kenapa masih degil?

Disebabkan ramai yang masih berdegil dan tidak mengendahkan amaran yang telah diberi. Saya kongsikan tip paling mudah untuk golongan degil tegar ini. Anda yang baca ini nak tahu tip ini juga? Boleh sahaja.

Hanya berbekalkan sebuah peranti yang berfungsi untuk menyimpan kuasa. Anda dah boleh selesaikan masalah ingin mengecas ketika waktu tidur. Peranti ini turut dikenali sebagai power bank, menggunakan peranti ini bukan sahaja menyelamatkan telefon pintar anda bahkan boleh menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah.

Kenapa power bank?

Jika menggunakan power bank, arus yang mengalir akan terhenti dengan sendirinya jika tahap peratusan bateri sudah menjangkau 100 peratus. Oleh itu, isu seperti lebihan jumlah arus pengecasan(overcharge) tidak akan sama sekali berlaku. Tapi, untuk menyokong idea ini perlu ada syarat yang perlu dipatuhi.

Apa syaratnya?

Ada dua sahaja syaratnya:-

  1. Menggunakan power bank yang tulen sahaja. Ini wajib sama sekali tulen kerana hanya power bank yang tulen sahaja mempunyai sistem bagi menjaga keselamatan telefon pintar ketika proses mengecas.

  2. Selain power bank, pastikan juga wayar pengecasan atau mesra dipanggil sebagai kabel ini ada asli. Ini kerana apabila kabel yang tidak asli akan menyebabkan permindahan mAh daripada power bank ke telefon pintar akan menjadi tidak lancar. Malahan, tahap peratusan keefisienan cas akan juga akan terjejas.

Mudahkan cara nak selamatkan diri anda daripada menjadi mangsa bateri kembung ataupun telefon pintar meletup? Ramai yang tidak terfikir cara ini betul? Jangan lupa untuk kongsikan penulisan ini agar anda boleh menjadi penyelamat buat golongan yang suka cas ketika tidur ini.

Nak dapatkan power bank dan kabel yang benar-benar asli? Mudah sahaja, sila tekan pada pautan ini: https://wa.me/60194677746