5 Fungsi yang Sepatutnya Ada pada Setiap Telefon Pintar

By Ahmad Hazwan In Android, Battery, Blog No comments

Setiap telefon pintar yang dipasarkan mempunyai pelbagai fungsi yang berbeza-beza. Fungsi berguna tersebut menjadi satu tambah nilai bagi model-model tertentu.

5 fungsi ini seharusnya ada pada setiap telefon pintar tanpa kompromi. Lebih-lebih lagi telefon pintar kelas paling tinggi.


1. Alert Slider

Fungsi Alert Slider ini diilhamkan daripada butang ‘Mute Switch’. Pengguna tidak perlu menghidupkan fon untuk meletakkan fon pada mod senyap. Sebaliknya hanya perlu menolak butang ini pada kedudukan tertentu. Sehingga kini, butang ini hanya ada pada iPhone dan OnePlus sahaja.


2. Always on Display

Always on Display adalah fungsi yang menunjukkan jam dan notifikasi pada skrin yang dimatikan. Kita tidak perlu menghidupkan fon untuk melihat jam dan notifikasi. Fungsi ini masih belum terdapat pada semua fon atas alasan fungsi ini memakan lebih banyak bateri. Always on Display atau dikenali sebagai Smart Display ini dipopularkan oleh Samsung dan LG. Kini terdapat pada jenama seperti HTC, Samsung, LG, dan HUAWEI.


3. Bicu Audio 3.5mm

Sejak iPhone 7 membuang bicu audio, peranti Android lain turut berlumba-lumba untuk membuang fungsi berguna ini. Bicu audio 3.5mm wajib dikekalkan.


4. Pengimbas Cap Jari Pelbagai Guna

Pengimbas cap jari tidak seharusnya digunakan untuk menyahkunci fon sahaja. Sebaliknya, pengimbas cap jari mestilah dimanfaatkan untuk mengambil gambar, menjawab panggilan telefon, menarik ruang notifikasi, dan sebagainya. Sehingga kini, HUAWEI dan Honor adalah 2 jenama yang benar-benar memanfaatkan ruang pengimbas cap jari ini secara optimum.


5. IR Blaster

IR Blaster zaman moden tidak lagi digunakan untuk memindahkan data. Sebaliknya digunakan sebagai alat kawalan jauh. Menarik bukan apabila telefon pintar dapat menutup TV di kedai mamak? Namun, fungsi berguna ini kian tersisih. Hanya beberapa jenama sahaja yang masih mengekalkan fungsi ini — HUAWEI, Honor, dan Xiaomi.

Malangnya, tiada satu telefon pintar pun yang mempunyai kesemua fungsi penting di atas. Ini menandakan tiada telefon pintar yang diciptakan sempurna. Yang sempurna hanyalah Tuhan Yang Maha Pencipta segala sesuatu.

 

Kredit kepada Kamarul Afiq